Epal Hijau Dan Batang Saleri |
Air Campuran Epal dan Batang Saleri |
Alhamdulillah....bertemu semula kita di cyber maya ini. Kali ini saya ingin berkongsi tentang kebaikan epal hijau dan batang saleri. Ermmm....buah epal dan batang saleri ini sangat mudah untuk kita perolehi. Terdapat dijual diserata kedai dan gerai buah-buahan. Harganya pun sangat berpatutan.:)
Ok...jom kita baca tentng khasiat-khasiat yang terdapat di dalam epal hijau dan batang saleri ini.
Kelebihan dan kebaikan meminum air campuran epal hijau dan batang saleri. Mari kita amalkan bersama. Mencegah lebih baik daripada merawat, itulah pesanan orang tua-tua. Saya....mempunyai masalah sembelit, Alhamdulillah...dengan pengamalan jus ini setiap pagi..masalah ini dapat diselesaikan. Ini dapat membantu dalam proses pembuangan toksid atau membersihkan usus, Amalkan meminumnya setiap pagi ketika perut kosong.
Khasiat buah epal yang masam baik membersihkan usus dan melawaskan pembuangan air besar. Kepada mereka yang ingin berdiet....turut boleh mengamalkan.
Khasiat Saleri: merupakan sejenis sayur berbatang lembut, kaya dengan zat besi, kalsium, foforus, sodium, vitamin A, B-Komplek dan C. la juga dikenali sebagai Opium gravelens dan berasal dari keluarga Dula umbelliferae yang merupakan penawar dalam amalan perubatan tradisonal untuk menurunkan tekanan darah tinggi .
Amalan memakannya mampu menghilangkan pening- pening dan sakit kepala yang berpunca daripada tekanan darah tinggi.
Khasiat Epal Hijau ini mampu mengurangkan pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah. Selain itu ia mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. Ia juga dapat membantu kesihatan membran paru-paru, membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang, membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah dan membantu mengekalkan berat badan. Selain itu mampu mengurangkan tekanan penyakit asma dan mengurangkan risiko barah.
Selain itu juga, epal hijau juga mampu bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Hanya dengan memotong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.
Selamat Mencuba!!!!
Pesanan daripada Saidina Ali Bin Abi Thalib,
“Apabila anda hendak makan Epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan Epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh angin akan lenyap.”
“Apabila anda hendak makan Epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan Epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh angin akan lenyap.”
No comments:
Post a Comment